Saturday, September 4, 2010

Tumis Petola Dgn Mee Suah


Kenal tak mee suah... aku suka mee ni... ni antara lauk n makanan aku semasa diett selain boleh di jadikan lauk juga untuk keluarga, famili aku mmg selalu makan mee suah ni.. nak2 bila takde selera... mmg aku asal dari keturunan cina nenek aku dari sebelah emak mmg cina, tiap2 tahun mmg bila raya cina meriahlaa tapi aku jerr yang dah tercampak kat sini jarang sekali dapat joint chinese new year, so mee suah ni antara makanan tradisi dalam keluarga.


ok meh layannnnnn.. senang jerrr..

bahan2nya
 2 biji petola - kupas kulit dan potong bulat serong
1 ulas bawang putih - di ketuk
2 biji bawang merah kecil - di hiris
sedikit ikan bilis
1/2 paket mee suah
1 sudu minyak jagung / zaitun
air secukupnya
garam n gula
1 biji cili merah - dihiris
sedikit serbuk lada hitam

cara2nya
 tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan masukkan petola, kacau sekejap masukkan air biarkan mendidih masukkan mee suah biarkan mee mengembang bila dah kembang masukkan cili hiris dan perasa (untuk makluman adakalanya tak perlu letakkan garam sebab mee suah ni sudah agak masin)
dah siap bila nak hidang taburkan serbuk lada hitam.. walllaa..

No comments: