kenapa ya 3 rasa...??? sebab ini resipi ringkas dan mudah... sebenarnya terperasan leftover nutella dan peanut butter dalam peti sejuk masih jauh lagi xpired datenya..., bulan puasa benda2 ni jadi lambat habih.. daripada terbuang macam tahun sudah baik dijadikan sekut... nuttella ada setengah botol sama gak dengan peanut butter pon setengah botol..
bahan2nya
300gram butter / mentega
1 biji kuning telur
setengah botol peanut butter
setengah botol nutella
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula icing (ayak) - kalau guna gula kaster sila kurangkan takut termanis sangat.
1/2 cawan campuran kacang gajus panggang dan coklat cips
100 gram kepingan kacang badam
3 cawan tepung gandum
campurkan butter, kuning telur, esen vanila, nutella, peanut butter dan gula icing putar hingga nampak putih, masukkan kacang badam serta campuran coklat chips dan gajus, tambahkan tepung sedikit demi sedikit kacau dengan senduk kayu, rasa doh kalau lembik tambahkan lagi tepung.
akhir sekali bentukkan biskut dan bakar seperti biasa suhu 180 kepanasan atas dan bawah hingga masak nampak sedikit kuning dibawah biskut.
hmmm dah tau dah kenapa 3 rasa...? sebab aeinio suka masak suka - suka ati... n saya legaaaa peti sejuk saya dah makin kosong... lalalalala mood nak balik kampung dah makin dekatttt...
2 comments:
Uniknya... sampai 3 rasa! Selamat balik kampung Aeinio.
yeahhhh.. balik kampong...
Post a Comment