Thursday, October 1, 2009

Rendang Ayam Raya

Oleh kerana dah letih n mengantuk sesangat malam mantai tu.. i snap gambar lam periuk jerr pagi tu.. masa bermaafan n makan tak amik gambar langsung... lupa beb!
sib baiklaa masa dah dekat raya tu dah byk hari berpantang so.. larat la jugak sediakan juadah ala kadar untuk keluarga pada hari yg mulia itu... 
meh kita share recipe rendang ayam ni ala aeinio.. 
bahan2
20 ulas bawang merah / bawang besar (campur pon takper, lebihkan bawang pon ok)
10 ulas bawang putih
seinci lengkuas
stgh inci kunyit
seinci halia
6 batang serai
10 tangkai cili kering (kalau nak pedas tambah lerr lagik)
10 tangkai cili padi
3 helai daun kunyit
1kg santan
sepeket kerisik
1 keping asam
2 atau 3 ekor ayam - depens pada saiz ayam i masak ni 3 ekor
garam & gula secukup rasa
caranya
basuh ayam gaulkan garam & kunyit goreng separuh garing angkat n toskan. bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, cili padi, cili kering n 3 btg serai dikisar halus... 3 batang serai lagi di titik, daun kunyit di mayang halus.
masukkan semua bahan yg di kisar dalam kuali dan renehkan seketika, kemudian masukkan santan pekat bila dah mendidih masukkan serai titik, dan ayam goreng... biarkan sehingga hampir kering masukkan asam keping dan kerisik gaul rata... perasakan dengan garam n gula akhir sekali taburkan daun kunyit.. tadaaaaa dah siap! senangkan...

No comments: