Advert

nuffy

Monday, February 15, 2010

sambal goreng bilis


ada ketikanya tekak ni tak berselera betul nak makan.. blank nak masak apa nak makan apa.. ni lauk kegemaran saya bukan kegemaran keluarga..
meh kita share recipe mudah dan simple ni..
bahan2nya
  • ikan bilis - di goreng garing
  • 2bj bawang merah kecil -dihiris
  • 1ulas bawang putih - dihiris
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 10 - 15 biji cili padi
  • asam jawa pekat adabi
  • minyak utk menumis
caranya

panaskan minyak tumis bawang putih, bawang merah bila dah layu masukkan semua jenis cili goreng hingga layu dan garing pastu masukkan pes asam jawa dlm 1 sudu teh kacau rata bolehla masukkan sikit air dlm satu sudu besar utk senang disebatikan.. akhir sekali masukkan ikan bilis goreng garing td kacau rata dan boleh dihidangkan.. (boleh letakkan sedikit garam ketika mengoreng bawang n cili ikut suka.. saya tak letak sbb ikan bilis dah cukup masin)..




2 comments:

rapheydhillo said...

simple tp selalunya menaikkan selera. Last weekend 2 kali buat similar macam ni..mkn dgn bubur nasi aka moi.

ain said...

mmg best.. nak2 pulak dgn cili padi tu hmmm