Friday, February 19, 2010

pizza... all about aeinio pizza

 
ramai sgt yg mintak recipe.. bukan kedekut tp takde gambar menarik yg ada dapat di post utk entry ni.. 
yelah sbb bila tgh buat pizza mmg tak menang tangan... camera... lupakannlaaa... amik gambo masa dah nak delivery order jer....
huhuhuhuhuu... itupun mujur!
saya tak belajar kat mana2 utk buat dough mahupun sos dan topping pizza.. semuanya saya buat sendiri ikut yg teragak dlm kepala pastu demo lerr kat dapor saya tu.. mula2 mmg mcm2 taste.. 
macam apam pon pernah.. hehehe
tp yelah anak2 no komen derang makan jerr apa yg ibu buat semuanya sedap.. oraitlerr 
kerana mereka mcm tu minat nak mencuba tak pernah padam.. hubby jer yg selalu komen..
firstly saya ikut recipe kat mauripan yg saya beli.. pastu ubah suai recipe donut juga dr pamplet kecil mauripan tu.. atlast saya riki dlm internet metacafe maka nilahh hasilnya... 
alhamdulillah.. so oleh kerana tak byk komen saya maintain recipe yg ni jerlahhh...

utk sos pon camtu mudah sgt sebenarnya.. cuma kdg2 terlupa tabur oregano ketika nak bakar maklum jerlaa mcm2 benda yang kena letak atas pizza nih.. so i modified...

daging cincang pon camtu.. selalu sgt bila kita makan daging liat.... boringkan..!! so i masak jugak utk penuhi selera my tekak..

ok kita mulakan dengan sos pizza recipe...

  • sebotol sos tomato - tak kisah brand apa2 pon ok.. i guna 'life'
  • sebotol sos cili
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh basil
  • garam & gula
caranya...

campurkan semua bahan... dalam periuk besar.. dan 1 botol sos air (kaedah goncang2 ek mcm tak biasalah pulak) kalau suka sgt akan rasa tomato boleh letak satu tin kecil tomato puree (i tak letak pon).... almaklum tekak melayu suka akan rasa itu sos cili.. masakkan hingga mendidih kacau2 lerr selalu biar tak hangit bahagian bawah.. bila dah mendidih rasa kdg2 jenis2 sos ni dah tak perlu garam n gula kdg2 perlu so rasa2lah yer.. dah siap mendidih dah rasa bolehla kita sejukkan.. masukkan dlm bekas kedap udara simpan dalam peti sejuk.... sos ni tahan lama..

p/s ; ni semua i wat sbb selalu terlupa tabur oregano..(pincang sungguh jika pizza tanpa oregano) yg sgt2 pasti bila dah letak sos pizza ni... masalah itu tak berulang lg..


PIZZA DOUGH

  • 1kg tepung gandum
  • 1 paket mauripan (kalau beli yg paket besar letak dlm 1 sudu besar shj)
  • garam (agak2 yorr)
  • secubit gula
  • 5 sudu besar olive oil
  • air secukupnya
campurnya semua bahan kecuali air dan minyak zaitun. kacau rata2 dalam 1 hingga 2 minit kemudian masukkan minyak zaitun dan air (bila nak masukkan air ni agak2 tau! takut doh terlembik pulak) uli sehingga setengah jam bahagikan kepada 2 bhgian dan uli lg.. lepas tu biarkan dia kembang sekali ganda.. bila dah kembang bolehlah di bahagi2kan kepada saiz yg di kehendaki dan uli dlm 3/4 minit setiap bhagian.. canai laa dough tu (i guna dulang jerr tak pandai buat yg macam kat dalam tv tu melayang2... pheww....!! tu xpert wooo) letak minyak jagung sikit kat dlam dulang utk mudahkan kita bentuk dough td...

p/s: minta maaf ek saya kalau masak mmg tak bersukat main hantam n agak2 jerr kecualilah buat kek... tu mmg kena ikut recipe laa..... tupon suka folow recipe mak yg lama2 sbb lebih mudah dan senang!

dalam gambar diatas khas untuk hiasan sekarang ni ditambah pula dgn hirisan buah zaitun hitam... sebaik2nya gunakan nenas dlm tin sebab lebih sedap dan manis compared nenas biasa (melainkan kita masak buah nenas dgn gula ataupun buah nenas yg mmg dah manis)

TOPPING DAGINGsori no picture..
  • 1 paket daging cincang ramly
  • 1 paket daging ayam cincang ramly - ikutlaa nak guna brand lain pon boleh..
  • 5 labu bawang besar kuning - di dadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1sudu teh rosemarry
  • 1sudu teh tyhme
  • setegah sudu bay leaf / sehelai
  • minyak masak utk menumis
  • garam
  • gula
  • 1 cawan mixed vege
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air secukupnya (khas utk empukkan daging)
caranya..
tumiskan bawang putih dan bawang besar kuning sehingga layu masukkan kedua2 daging n ayam cincang kacau rata agak2 dlm 5 minit pastu masukkan air secukupnya utk empukkan daging bersama dgn rempah ratus yg lain kecilkan api masak sehingga air kering.. akhir sekali masukkan mixed vegi- kalau taknak letak pon takpe...

saya simpan ni dalam freezer defrost bila nak gunakannya...
note to linda alwi... -  now u know y my pizza look watery... hehehe


lastly...jangan lupa mencubanya...








    No comments: