Saturday, March 6, 2010

Basikal


Tahun ni dah 2 kali ada masalah 'communication' 1st kes dgn rozita dan 2nd kes dgn POD..
melepas order.... hubby ada bgtau with sekian2 budget POD nak order utk bulan Feb..
i pulak dok tunggu lerr dia bg tarikh.... alih2 depa call tanya cake..
apalagi tercengang2laaa... tulaa nama eh takde rezeki..
ok lupakan citer tu.. kat sini ada citer baru..
 tgklaa dah mcm bengkel basikal pon yer gak... huwaaaaaaaaaa
 
tensen sungguh tgk keadaan mcm ni... ni kat luar belum tgk kat dalam lagik...
awal tahun ni biasala bila awal tahun mcm2 benda n perkara yg kita rancangkan utk sepanjang tahun itu..me n hubby nak berbasikal.. 
me punya effort nak turunkan berat yg dah berat nilaa same la jugak dgn hubby.. 
target belikan basikal utk angah n along yelah angah dah tahun4 dah ada byk activiti kat sekolah basikal lama mmg dah tak sepadan dgn dia 
(angah ni tinggi orgnya next year sure lebih tinggi dr ibu) bila nak beli utk angah mesti along nak jugak terpaksalaa beli 2 basikal...

1st day tu i ngan hubby rasmikan basikal derang... hubby bawak basikal along ada gear 7 speed, i bawak basikal dini.. kayuhlaa jauh laa jugak sampai tm selasih.. 
jauh sgtlaa tu konon.. 
jauhlaa dengan basikal takde gear ada bakul kat depan n bonceng kat belakang.. 
semangat beb nak bakar kalori... bila dah balik menung sana menung sini.. hubby kata
'best ek naik basikal camni..' 
i jawab 'mmglaa dari dulu lagi ain nak abg jerr yg tanak belikan..'
 
taktau lerr nak kata apa lagi
dah tak rupa rumah dah! me mmg betul2 tensen tgk keadaan mcm ni.. 

seminggu lepas tu kalau tak salah.. dia sudah bawak balik satu basikal.....
menurutnya... kawannya Awie jual basikal tu.. balik umah dia belek n ajak i cycling lagi..
kali ni i bawak basikal syahmi dia dgn basikal baru dia tulaa..
jauh i tinggal kat belakang...

terkejut katak dengar harga basikal yg dia beli tu.... huhuhuhu suamiku..
( i know him..very2 much) dia mmg betul2 suka akan basikal itu dan kalau dia dah minat.. maknanya dia bersungguh2- i dah mula pelik lain macam jerr ni i ingat nak suka2 cycling jerr keliling taman perumahan udahle.. 
ni mcm lain jerkkk... pastu dia pun bgtau since dia xcident 
dah lama betul dia berehat dr dunia sukan ni.. cuma hari2 mmg baca berita sukan tgk sukan kat astro...
sukan ni mcm dah sebati dgn jiwa dia.. nak main takraw mcm dulu dah tak boleh.. nak berlari or main bola mmg dah tak boleh! 
naik basikal jerlaa yg boleh.. i agreed with him.. biarkanlaa...
masih lagi belajar.... masa daki bukit kayuhan 'off road' dah 2 kali hubby jatuh.. pakai pulak kasut 'clip' apalagi jatuh dengan basikal sekali... takpe permulaan....


melihatkan semangat i yg hari2 berkayuh dia belikan i pulak basikal yg sama brand (mereda) dgn dia complete set... hahaha siap ngan topi aduhaiii..... i bawak atas jalan raya biasa ajerr.. tak berani nak kayuh masuk dlm kebun kelapa sawit naik bukit mcm2.... badan tgh berat.. huhuhuhu tak confident....terkial2 bawak masa mula2 oleh kerana basikal saya baru makan harganya pon baru lebih mahal dr basikal dia... 
i punya yang warna putih hubby kaler gelap tu

1st day berkayuh dgn basikal baru hubby buka cerita lama.. 
i'm speechless... i dulu dapat 1st basikal masa umur 10thn basikal chopper kot.....yang baru ayah belikan.. masa tu masih tak pandai naik basikal..same dgn hubby dia pon ada basikal chopper jugak..tp dia kutip kat tempat sampah body jerr pastu dapat tayar.. beli sikit2 atlast terbentukla sebuah basikal utknya.. hasil buat sendiri.. dia cat dgn warna kuning...kami bukanlah dr keluarga yg senang so sekarang bila dia dapat belikan wife dia basikal n utk dia sekali dia rasa kepuasan dalam dirinya... 

ni gambar lama yang di beri oleh Fazlina through FB betul2 tak sangka dia masih simpan gambar ni... me dgn my 1st basikal yg dibelikan oleh ayah...


kepada yg mmg dah teror dan mmg dah biasa dgn basikal mesti tau ttg basikal...... kami ni baru belajar rasanya harga yg kami beli ni dah mahal sgt dah.. tp rupa2nya ada yg lebih mahal mcm2 lagilaa yg kena upgrade... kos tinggi rupa2nya nak berbasikal ni..






2 comments:

GreenLava said...

salam,
eh...Merida ke tu? I like :)

aeinio said...

yup! tp baru2 ni hubby da tukar louis garnue (betul kee ejaa???) size frame tak sesuai... merida mahal benor!