nuffy

Thursday, June 24, 2010

Gulai Kari ayam kampung salai...

On the way balik dari kampung ke Terengganu beli ayam kampung salai ni n masak kari


Ayam kampung salai mmg beri kelainan dari segi rasa dan aromanya... meh layann recipe... setiap kali memasak adakalanya cara memasak berbeza2 dari yg sebelumnya.

1 ekor ayam kampung salai (me beli yg dah siap! kalau nak salai sendiri ok jugak!)
  
Bahan yg di tumbuk / kisar
5 ulas bawang kecil merah
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering (buang biji,rendam air panas)
1 biji buah keras
3 - 5 sudu besar rempah kari babas (bancuh dgn air)

Penumis
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
setengah biji bawang besar (hiris)
minyak masak / planta / minyak sapi (optional)

Bahan sampingan
2 biji ubi kentang - belah 4
1 biji tomato - belah 2
1 paket santan segera / susu ideal
garam n gula
air / pes asam jawa
2 biji cili merah - di belah 2
2 biji cili hijau  - di belah 2
1 sudu besar bawang goreng

Cara2nya
panaskan minyak.. tumiskan bahan penumis hingga naik aroma, selepas itu masukkan bahan tumbuk hingga pecah minyak dan masukkan rempah kari yg telah di bancuh dengan air biarkan sekejap.. masukkan ayam dan bawang goreng serta 1 cawan air, tutup tudung periuk kecilkan api... (biarkan ayam dan rempah ratus mesra), kemudian masukkan santan (santan paket yg di bancuh dgn air) agak2 kalau nak kuah agak cair bolehlah tambahkan air... biarkan mendidih atau hingga kentang empuk... masukkan bahan perisa garam/gula/ air asam jawa (bila masak ayam jangan terlalu masam berbeza kalau kita masak ikan) masukkan tomato, cili merah dan hijau matikan api dan bolehlah dihidangkan...

2 comments:

rapheydhillo said...

lapar le pulak tengah2 malam bila tengok gulain ayam ni!

ain said...

hehehe daging itik salai pon best tau..