Monday, June 21, 2010

Marble Cheese Cake

Gara2 teringin sangat nak makan cheese cake, tp yerlaa anak2 suruh letak coco lebih...




jom layann recipe baked marble cheese cake ni... recipe yg sama dgn kek nur dini tempohhari..


bahan2nya

150g gram buttercup (suhu bilik)
2 biji telur
250g Philadelphia cream cheese (suhu bilik)
1 cup plain yogurt
1 cup gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder (tak letak pon ok sbb kek ni mmg tak naik sgt..)
1 sudu besar coco powder
1 sudu teh esen vanilla
setengah biji lemon perah dan parut kulitnya...

cara2nya

putar keju krim hingga lembut, masukkan butter n telur putar lagi hingga gebu dan masukkan gula kastor dan yogurt.. putar hingga betul2 ringan tanpa berbintil2, masukkan esen vanilla dan perahan lemon putar sekejap..  cara kaup balik masukkan tepung yang telah di ayak dgn baking powder dan asingkan adunan kepada 2 bahagian 1 bahagian di campurkan dgn serbuk koko dan gaul sebati (kalau nak banyak tambahkan koko dan adunan) masukkan dalam loyang berselang seli, adunan yg ada koko dan yg plain setelah siap bolehla di bakar... panaskan oven suhu 160 untuk 30 minit pertama kepanasan atas dan bawah selepas 30 minit tukar kepada kepanasan bawah sahaja sehingga masak, kek ni tempoh masak dia dalam 1 jam. bila dah masak biarkan dalam oven (buka sedikit) hingga sejuk...

No comments: