Monday, June 21, 2010

Daging Black Pepper

Alahaiii gambar.. ni jerr yg ada... jom lihat bahan2nya

1kg daging - potong nipis
15 - 20 biji lada hitam - di tumbuk
seketul bawang putih  7/ 8 ulas - di tumbuk
daun bawang - potong panjang
1 biji bawang besar - potong bulat
5 sudu besar sos tiram
2 batang serai - di titik
air secukupnya
garam n gula secukup rasa
minyak utk menumis
1 biji cili hijau belah 2
1 biji cili merah belah 2

cara2nya.. tumbuk lumat biji lada hitam selepas tu masukkan bawang putih tumbuk bersama.. panaskan minyak dalam kuali yg ada penutup masukkan bahan tumbuk (lada hitam dan bawang putih) goreng hingga naik aroma masukkan serai titik dan daging yg telah di basuh bersih... kacau sebentar hingga warna daging bertukar masukkan sos tiram dan bahan perasa, kemudian masukkan air sehingga paras daging tutup hingga air kering atau hingga kuah menjadi pekat (tujuan ni utk empukkan daging). Bila kuah dah mula pekat bolehlaa masukkan bawang besar, cili merah dan hijau dan daun bawang kacau sekejap, matikan api dan bolehlaa di hidangkan... daging ni sesuai juga di makan dgn ketupat atau capati... selamat mencuba...

1 comment:

♥ nana i am ♥ said...

nak datang kerteh makan daging black paper kak aeini =)