Salam...
malam ni bermulalah piala dunia bola sepak thn 2010... entry ni cam tak patut ada dalam blog aku.. hehehe sebabnya aku bukanlah seorang peminat bola sepak cuma ada pengalaman dan ingatan aku terhadap benda bulat nih...BOLA.. ya apa yg aku ingat bola zaman awal 80an dulu adalaa mak n ayah duduk depan tv tgk bola masa tu tv kami hitam putih.. aku mmg tak kenal sapa2 pon pemain bola sepak tanahair ni yg aku ingat Mokhtar Dahari tu jerlaa...tapi ni kita nak citer pasal piala dunia ok..
aku kawen tahun 1997, tahun 1998lah tahun pertama aku tgk piala dunia sebabnya hubby aku ni peminat bola.. masanila aku barulaa kenal si rompong gigi jarang dan kepala botak tu namanya RONALDO <---- mamat ni idola hubby aku... selain tu aku kenal Rivaldo, Roberto Charlos, Romario semuanya pemain Brazil.... masa tu mmg boring gilerr sebab hubby kongker channel nak tak nak aku tgk gaklaa... kebetulan pulak aku ada penyakit takleh tido malam masa tu (mengandungkan anak sulung Hani Syahmi) masa tu main kat Peranchis. mmg betul2 boring tau! internet takde harapkan radio jerlaa... aku layan jerlaa radio muzik masa tu... dan yg lebih kelakar pulak lagi.. anak sulung aku langsung tak minat bola hehehehe n tak pandai main bola...
n lagu piala dunia masa tu mmg best!
Dalam pada aku boring2 tu.. masa Final aku tengok... masa tu Brazil n Peranchis (tuan rumah) oleh kerana mmg bengang tahap dewa jingga aku sokong peranchis..., sajerrrr... leh gak aku tgk muka hubby bengang kehkehkeh tp 30 minit terakhir perlawanan tu aku tertido... nak jadi citer masin mulut aku Brazil kalah sapa2 yg ingat lagilaa aku pun dah ingat2 lupalaa tp aku tau mmg Brazil kalah dan pemain terbaik dunia masa tu Zinadine Zidan.... frus tonggeng hubby aku.. sebab dia mmg mengharapkan Ronaldo..., tak di nafikan Ronaldo mmg best samba dia gelecek bola mmg aku kagum! tp nak wat cemana masa tulaa zaman dia merundum selepas injured...
setiap kali tibanya demam bola ni aku akan teringat citer ni.. dan tahun ni aku tak tau nak sokong mana.. yg pasti mmg kontra dgn hubby (sengaja carik pasal nak gaduh :D)
No comments:
Post a Comment