Advert

nuffy

Saturday, June 12, 2010

Ikan Cermin Masak Taucoo

salad telur tu cuma lauk sampingan jerr... tomato, salad n telur rebus dgn kuah kacang bersos..

meh kita layannn recipe Ikan Cermin Masak Taucoo

4 ekor Ikan Cermin sederhana besar (bersihkan gaul garam n kunyit dan goreng hingga garing)
sebatang serai - dititik
2 biji cili merah - potong panjang
2 biji cili hijau - potong panjang
1/2 biji bawang besar - di mayang

bahan tumbuk
1inci halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
2 sudu taucoo - kepada yg suka taucoo berbiji tak payah tumbuk, saya suka hancurkan kalau tak anak2 byk tanya mcm2 pastu derang ingat tu kacang yg dah basi... :(
2 biji cili padi - nak pedas tambah lagi

minyak masak
air asam jawa
garam n gula secukupnya

cara2nya

panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk, masukkan serai dan cili merah dan hijau biarkan sehingga agak layu masukkan air asam jawa serta bahan perisa.. biarkan mendidih bolehla masukkan ikan yg telah di goreng bersama2 dgn bawang besar, masakkan sekejap dan bolehlaa di angkat.

2 comments:

::aku insan biasa:: said...

ikan cermin tuh ikan ape ye?? anyway nk try cm sedap je

ain said...

akak pon bukan kenal sgt ikan ni dik tp org kat pasar tu kata ni ikan cermin.. maybe bentuk n kulit ikan tu cam cermin.. anyway ikan ni mmg sedap.. yg ni size kecik.. yg besar dr ni pon ada..