Wednesday, June 16, 2010

Udang Goreng Avocado

Lauk ni antara yg xpress dan senang, bukak peti sejuk tengok apa yang ada bak kata Mat Gebu 'tanpa sempadan' so ni edisi hantam dan meneroka kelainan dalam masakan tradisi famili aku.. hehehe..


biasalah nak masak udang ni mmg mudah dan ringkas...

Bahan2nya

2 ulas bawang putih - ketuk dan hiris
2 biji cili padi - hiris
1 biji avocado - belah 2 dan potong dadu
2 helai daun limau purut - koyak 2
1 batang serai di titik
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - belah 4 dan hiris
2 sudu minyak masak
garam n gula

Cara2nya

Bersihkan udang buang kulit tinggalkan ekor sahaja basuh bersih dan toskan, panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga naik bau masukkan tomato dan cili padi kacau hingga layu masukkan serai, daun limau purut, dan bawang besar, kacau sekejap terus masukkan udang dan avocado masukkan bahan perisa (garam & gula) kecilkan api dan tutup kuali, biarkan sebentar kacau sebati dan bolehlaa di hidangkan...ia agak berkuah sebab air yg keluar dari udang dan tomato.. 

3 comments:

liyanaziz said...

pergh, sedapnye tengok udang tu.. nak sikit?? pos kan kat yana leh?? =)

REMEDY KARUNG GUNI said...

mak ah...tgkkan udang avocado ni...meleleh air liur remedy...tgh keje malam plak tu...tgh kelaparan ni...

aeinio said...

udang ni hentamlaa masak apa ponnn dah mmg mengancam...