nuffy

Saturday, July 17, 2010

Kari Hijau..

Tengok gambar kari ni cam tak berapa nak hijau ek.. hahahaha cemanatah nak bgik dia hijau... caranya mudah sahaja sama jee macam masak kari biasa cuma gunakan cili hijau dan beberapa ulaman / daun2 lainnya.. meh intai resepinya..

bahan2nya
1/2 ekor ayam
1 paket santan pekat (200 g)
1 keping asam keping
2 biji kentang
5 sudu rempah kari - saya guna BABAS
minyak masak
garam & gula

bahan2 yg dikisar (A)
10 tangkai cili hijau
6 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
sedikit halia
2 batang saderi

bahan kisar (B)
sebatang serai
2 helai daun limau purut
beberapa tangkai daun bawang
beberapa helai daun selasih
sedikit daun sup

bahan penumis
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga

cara2nya
kalau di perhatikan resepi saya mmg amat jarang menggunakan pak aji, entah kenapa dah mmg menjadi kebiasaan.. ok panaskan minyak tumiskan bahan tumis dan terus masukkan bahan kisar A, hingga pecah minyak, masukkan rempah kari dan masukkan bahan kisar B, kacau rata hingga naik bau.. baunya mmglaa sbb mcm2 daun ada kat situ...hmmm.. masukkan ayam dan ubi kentang kacau sekejap dan terus masukkan santan (kalau pekat sangat bolehlaa masukkan sedikit air). akhir sekali bila kentang dah empuk, ayam dah masak perasakan dgn garam dan gula serta masukkan asam keping bila dah mendidih dan asam keping mula kembang boleh matikan api... tadaaaaa..

1 comment:

momma said...

kalau resepi ni ayam tu tukar masuk kan daging boleh je kan?