Advert

nuffy

Thursday, July 15, 2010

Nasi Goreng Cili Padi


Nasi Goreng Cili Padi ini atas permintaan Syahmi (anak sulung) mmg dah jarang sgt wat breakfast nasi goreng, gambar tupon dia yg snap.. entah kenapalaa malas sgt nak update blog lately nih....
meh share recipe ni

bahan yg di tumbuk lumat
5 ulas bawang merah..
1 ulas bawang putih
10 biji cili padi (nak pedas lg tambah lerr)
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
*
minyak jagung
3 mangkuk nasi
saderi & kacang buncis
garam/sos tiram

panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak masukkan garam dan nasi kacau rata, masukkan sayur goreng sekejap dan siap utk di nyum2..
hidangkan dengan keropok goreng dan telur mata

1 comment:

kechixx said...

sodapnyaaa...nak buat permintaan jugak boley?hehehehe:)