nuffy

Thursday, July 29, 2010

Pemergian Nenek Mertua

Salam...
Baru2 ni nenek mertua meninggal dunia, 25.07.2010 (Ahad) kerana sakit tua...dalam pukul >< 10 pagi.. aku masih di Terengganu... Along pulak nak percubaan UPSR hari selasa.. nak tak nak kena balik Melaka juga.. sepanjang perjalanan nak ke Melaka hujan selebat2nya


bawak kereta mmg slow 40 ke 50 jerr mmg tak nampak jalan elok masuk negeri Melaka jer tak hujan... atlast lewat jugak majlis tahlil pon dah selesai lepas asar nenek dah pon dikebumikan... esoknya pagi2 sempatlah ziarah kubur nenek dan tengahhari tu bergerak pula balik ke Terengganu. Kenangan bersama nenek, mmglaa tak lama namun begitu aku tetap bersedih... seingat aku masa baru2 kawen dulu 4hari juga aku duduk rumah nenek  masa tu arwah atuk dan nenek masih ada... hari2 arwah atuk beli mee kuning suruh aku goreng hari2 juga aku menyibuk2 dgn nenek kat dapur tgk n tolong dia masak... Bila malam, rumah arwah nenek & Atuk dipenuhi oleh budak2 yang belajar mengaji, arwah mmg tak penah meminta bayaran, hubbylaa yg tolong angkatkan beras atau apa sahaja barangan yg disedekahkan.... Kami pernah berjalan bersama ke Tangkak membeli keperluan untuk majlis perkahwinan kami dulu (masa tu aku dgn hubby masih bertunang) aku dapat rasakan yg nenek senang dgn aku... 'alhamdulillah' biarpun kami dah jauh tetapi setiap tahun aku pasti balik Melaka singgah rumah nenek dan setiap kali raya ada jerrr kuih raya tradisional dari nenek utk aku... 'kuih karas' dan 'bahulu' sejak 3 & 4thn 

kebelakangan ni jer yg takde sebab nenek dah nampak uzur dia mengadu kat aku 'nek beli kuih tunjuk jerr ain....' dan bila aku balik dia mesti pakai kain batik pemberian aku... alfatihah semoga roh nenek di tempatkan dikalangan orang yg beriman dan dicucuri rahmat... aminnn
sepanjang hayatnya dia ada datang ke teratak aku ni 3 / 4 kali aku tak pasti, dia suka shopping kat pasar payang tersengihhh jerr dia kalau dapat beli apa yg dia nak... rajin jugak aku mengusik nenek... 'nenek duduk sorang2 nenek tak teringat ke kat arwah atuk?' di geleng dia kata 'buat apa nak ingat...' aku usik lagi 'takkanlaah nenek tak ingat langsung hehehe ' dia pulak bersuara 'nek ingat jugak' dia jeling kat aku sambil cubit lengan aku  hihihihihi... arwah atuk meninggal tahun 2000 masa tu aku tengah sarat mengandungkan Dini (angah) arwah nenek pula 2010, 10 tahun jaraknya dia hidup seorang tanpa arwah Atuk.....

Apa yg pasti tahun ni nenek dah takde... semoga kedua2 arwah di cucuri rahmat... aku pun tak pasti lagi akan singgah lagi ke Melaka ke lepas ni.. entahlaa... walaupun makcik2 yg lain masih ada tapi mana nak sama dengan arwah nenek...

4 comments:

baincardin said...

Al-Fatihah...

indahhouse said...

Salam kak aini,
Al Fatihah buat arwah nenek kak, ya. Moga rohnya bersama para solihin. Amin...

♥ nana i am ♥ said...

takziah kak aeini .

ain said...

aminnn terima kasih ...