Friday, August 13, 2010

Apam Balik Milo


Bahan2nya
  • 2 cawan tepung gandum 
  •  1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar milo
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air (secukupnya)
  • Sedikit planta untuk olesan
  • Bahan tabur : Kacang tanah tumbuk, gula pasir, jagung cream / chocolate rice

Cara2nya

 Blend gula bersama telur hingga kembang, masukkan baking soda, baking powder, air, milo,dan tepung gandum, mesin lagi hingga sebati biarkan adunan agak pekat, panaskan non stick pan dan oleskan sedikit planta dan lap dgn kitchen paper, tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian ratakan.  Biarkan seketika.....  sementara menunggu masak, taburkan gula kemudian kacang dan jagung jika suka letakkan sedikit mentega. Apabila cukup masak, lipat dua sebelum dipotong, gunakan pisau yang telah direndam dengan air bagi mengelakkan ia melekat. Buat sehingga habis.



meleleh - leleh jagung tu...

2 comments:

Hapiz Rahman said...

macam best je.. :)

- F i D - said...

1st time jumpa resepi apam balik..tocey..nnt nk try wat kat umah