Thursday, August 12, 2010

Rendang Pedas Kerang


Nilaa menu bersahur ... puasa semalam,... biasanya mak n ayah kat kampung mesti masak rendang setiap kali nak sambut puasa dan raya mak kata "masak rendang ni muai dan tahan lama nak sahur senang panaskan jerr" kebiasaannya mak masak rendang daging laa... bila masuk bulan2 camni mmg teringat kat mak tapi aku tak dapat balik kg lagi sambut puasa kalini... hmm mula2 beli daging ingat nak masak rendang laa dah nak p kat parking nampak pulak kerang buat rendang keranglaa.. mula2 nak buat rendang cili padi atlast semua cili aku masukkan hihihi so inilah resipinya.... senang jerr jom.....


bahan2nya
2kg kerang - rebus kupas kulitnya dan basuh bersih
10 ulas bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*
4 batang serai - 2 batang di titik sahaja*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
sedikit kunyit hidup*
cili padi*
cili merah*
cili kering* - buang biji rendam dalam air panas
~ semua bahan * kisar sehingga halus
~ kalau nak pedas tambah laa lebih ni agak2 jerr
1/2kg pati santan + air secukupnya
4 sudu besar kerisik
sehelai daun kunyit - hiris nipis
asam keping
garam n gula

cara2nya
renehkan bahan kisar dalam kuali sehingga agak kering tujuannya nak bagi cili tu masak lebih lama sket, kemudian bolehlaa masukkan pati santan dan sedikit air, bila dah hampir mendidih masukkan serai titk dan kerang serta bahan perasa (garam & gula) tutup kuali proses memasak rendang ni mmg agak lama dan comot dapur kalau tak tutup kuali.... sambil2 tu selalulaa kacau kuah rendang sehingga kuah dah mula pekat dan santan dan pecah minyak, masukkan asam keping dan kerisik akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit... dah siap... kalau tengok pada gambar mmg kali ni masak agak cair sikit kiranya ala2 rendang berkuah untuk makan kali pertamanya, lepas tu bila dah 2 atau 3 kali panaskan lauk tu jadilaa pekat.... tersangat sedap tau!


kesiannnn betul.. nilaa wajah2 anak2ku berpuasa semalam... (dalam kereta dan pegi bazar ramadhan) tabekkk kat Naqiuddin yang berjaya puasa penuh semalam...untuk pertama kali dalam hidupnya... sian jugak tgk dia.. huhuhuhu

2 comments:

e5 said...

kecur ayaq lioq aku...sian anak2...teruskan berposa...jgn patah semangat...hehe

Hapiz Rahman said...

bikin lapar saja.. haha