Advert

nuffy

Saturday, September 4, 2010

Simboliknya KACANG RUGGED dalam hidupku...


Kacang Rugged itulah gelaran mak aku untuk resepi kalini mmg sesuai sangatlaa jadi antara kudapan di Hari Raya... kacang bersalut tepung ni terlalu banyak kenangan dalam hidup aku... selain sedap inilah yang selalu mak buat untuk aku bawa kesekolah satu ketika dulu... hasil jualan kacang nilaa buat belanja sekolah  dulu - dulu... aku mmg banyaklaa jual kacang ni hampir setiap hari... ayun adik aku lagi kesian sekolah tadika dah bawak nasi lemak ke sekolah aku pun jual gak nasi lemak tapi masa tu dah darjah 4 selebihnya mmg aku ni muka jual kacang hehehehe...

ok itu cerita lama meh kita layannnn resepinya...

bahan2nya
minyak masak secukupnya
1kg kacang tanah
garam & gula
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit - yang ni aku tukar kepada 1 sudu teh serbuk thymes (pada aku thymes ni best)
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan tepung gandum - kesemua tepung di campur dan gaul rata
bahan yang ditumbuk lumat
5 ulas bawang putih
1 inci halia


cara2nya
Basuh kacang dan toskan (jaga jgn biarkan kulit kacang tertanggal) setelah tos gaul rata garam, gula, bahan tumbuk dan serbuk thymes dan masukkan sebiji telur gaul lagi, panaskan minyak sementara menunggu minyak panas masukkan tepung gaul rata biarkan kacang melekat antara satu sama lain dan tak kisah jika tepung tidak begitu rata... goreng hingga masak angkat sejukkan dan sedia untuk kudapan.

4 comments:

FloEllen said...

ellen selalu makan benda ni..baru tau namanya kacang rugged...hehhee

~fisha~ said...

boleh try nie...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

rajinnya aeini

kita slute awak ler,...

kita main tunjuk jer

aeinio said...

mmg ruggedlaa kalau makan kacang ni hehehehe ROCK!