Monday, September 6, 2010

Tart Nenas (gulung)


citer banyak takdelaa kan.. lenguh woo buat tart neh... tapi makan kejap jerr rapuh dalam mulut manis2 jem nenas tak terkatalaa.... tart mmg dah lama jadi kegilaan ramai.. ni semua benda2 yg spoil diett aku... ohh raya menakutkan tang makan2 ni.... meh layann resepinya...

bahan2nya
  • 250gram buttercup - suhu bilik
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 sudu besar gula icing
  • jem nenas secukupnya - nak resepi jem nenas click sini
  • 2 biji kuning telur - digaul bersama beberapa titis esen vanilla


cara2nya
gaulkan buttercup bersama esen vanilla dan gula icing bila dah rata dan lembut masukkan semua jenis tepung dan secubit garam (tak letak pon ok, sbb buttercup dah masin), masukkan dalam acuan semperit picit secara terbalik macam dalam gambar, letakkan jem nenas dan gulung. sapukan kuning telur bahagian atasnya..., kali ni aku masuk dalam paper cup senang keje..! kalau tak letak dalam paper cup..., bila selepas bakar kena tunggu betul2 sejuk baru boleh alihkan dari loyang...! buat hingga siap kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180 kepanasan atas dan bawah.

1 comment:

mr.zoul said...

wahh...sudah mula membuat tart nenas...esok adik zUl pon nk mula buat tart nenas...zUl tukang makan saje...hahaha