Advert

nuffy

Monday, September 6, 2010

Biskut ala2 chipsmore..


tengok...  jadi tak cam chipsmore.. kukis ni.. mmg rangup citer banyak pon tara guna.. meh kasi resepi..


bahan2nya
  • 300gram buttercup / planta
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula icing
  • 1/2 cawan chocolate chips
  • 1/2 cawan cornflakes kisar
  • 1 cawan kacang badam cincang
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • beberapa biji chocolate chips untuk hiasan

cara2nya
satukan semua jenis tepung (jagung, gandum, serbuk koko, cornflakes kisar dan soda bikarbonate) gaul rata dan ketepikan.. dalam bekas lain kacau rata mentega bersama telur, gula icing, dan esen vanilla sehingga lembut dan sebati masukkan tepung gaul rata masukkan pula badam cincang dan chocolate chips. buat bulat2 dan tekankan beberapa biji chocolate chips di atasnya bakar dalam oven hingga masak - jangan letak biskut ni terlalu dekat sebab saiznya mengembang bila masak..

6 comments:

indahhouse said...

Salam kak aeni,
Salam hari raya..Belum cuti lagi kak? Saya pun balik sehari seblom raya jer. Ish.. choc chips ni memanggil2 saya pulak. aritu dah buat, tapi tak puas makan, terus bungkus. hihi...
Oh, saya baca kenangan ramadhan kat bawah tu. Ciannya kak dan family. Kelmarin pun nyaris kami berbuka ngan air jer. Restoran Leha Kelfood tu penuh.. hihi

aeinio said...

anak yg sulung yg UPSR tu ada kelas tambahan sampai esok.. terpaksalaa tak balik lagi...

Danial Ikhwan Jaafar said...

memang menarik. mak pon ada buat chocolate chip cookies untuk raya ni. masa saya study dulu pon selalu buat choc chip cookies tapi lain sikit bentuk die hehe.
orang kerteh jugak ke? selamat hari raya! =)

aeinio said...

tq danial.. akak mmg dok kertih..

Zierah Nur said...

aunty,mentega dgan gula tu,pukul sampai kembang mcm buat kek tu ke ? ataupun pukul smpai gula tu takda .

Zierah Nur said...

gula dgan mentega 2 pukul sampai kembang macam buat kek tu ke?