nuffy

Sunday, October 31, 2010

Kuih Keria


Ini kuih Keria tau bukan DONAT hehehe macam donat kan.. entahlaa sebab dah terbiasa dok uli donut mcm sama jerr rupanya.....
Akulak bab sira mensira gula ni memang fail sejak dulu.. tapi hubby kata oklaa camni daripada gula yang melekat2 tu melekat celah gigi bila makan dan terlalu manis.. tapi.. aku suka gula yang melekat2 tu..


Bahan2nya
1 kg keledek isi kuning jingga - direbus dan dilecek
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung pulut - optional
1 sudu besar tepung beras - optional
sedikit garam

cara2nya
gaulkan semua bahan dan buat bulat2 macam roda, buat hingga habis dan goreng dalam minyak panas hingga masak angkat dan sejukkan. (saya gunakan tepung beras dan tepung pulut untuk lebih rasa kenyal pada kuih)

bahan untuk sira
1/2 cawan gula pasir
4 sudu makan air

cara2nya
didihkan air dalam kuali dan terus masukkan gula biarkan gula sebati dan berbuih, masukkan kuih tadi.... kecilkan api dan gaul rata hingga gula mula mengering dan melekat dengan kuih, dan bolehlah dihidangkan.

4 comments:

azuin said...

sdapnya

azian said...

Salam,
Aeini akak tak pernah buat keria guna tepung pulut dan tepung beras.Ada perbezaan ketara ke?

Mak Peah Bini Sood said...

kak mok suka kuih keria nih....wahhh sedapnya...gebu sgt

aeinio said...

azuin.. sesekali pekena mmg sedap..

kak azian.. mmg ketara ada rasa kenyal tapi kena pandai agak2 jugak sukatan tepung tu..

kak mok... tu..... nampak gebu cam tuannya jugak hehehhe