nuffy

Monday, October 25, 2010

pasta lagikkkk


aku tak taulaa apa kebenda ni wehhh ni masak taram jugak.. tapi oklaaa kang aku cakap sedap korang kata angkat bakul sendiri... tapi ni tekak den ok lorrr... sebab dah peningkan nak masak apa hari2 asik2 nak makan nasi jerr boring gak.. dahlaa aku mmg dah jarang makan nasi sekarang ni...


bahan2nya

1 paket san remo - fetuccini = yang macam kuey teow tu...
1 labu bawang besar - di dadu
2 ulas bawang putih - di dadu
3 biji tomato segar - di dadu
1 cawan sos cili
1 kiub daging
air secukupnya
1 cawan daging cincang - saya guna ramly
1 cawan bunga kobis
1 batang seleri
2 sudu tepung jagung di campur dgn 1/2 cawan air
bebola ayam
steam boat paket (campuran steamboat)
olive oil
sedikit basil dan thyme
garam dan gula
telur - optional

cara2nya
  • rebus pasta dengan beberapa titis minyak zaitun (olive oil) biarkan hingga lembut
  • tumiskan bawang putih hingga garing masukkan bawang besar tumis hingga bawang lembut dan masukkan daging kisar biarkan sehingga daging bertukar warna.
  • masukkan pula tomato yang di dadu, biarkan seketika, masukkan basil dan thyme.
  • dan masukkan semua bebola ayam dan steamboat paket juga kiub daging dan air secukupnya (untuk kuah)
  • bila dah mendidih masukkan sos cili bahan perasa dan air tepung jagung kacau hingga likat.
  • akhir sekali masukkan sayuran (bunga kobis dan seleri) matikan api sedia untuk dihidangkan.
cara hidangan terpulang ambil pasta dan curah kuah atasnya, memandangkan tak pedas aku makan dengan sambal kicap cili padi plus telur ... barulaa berpeluh!