Advert

nuffy

Saturday, November 13, 2010

Asam Pedas Ikan Parang



hmm dah lama jugak gambar ni terperap kdg2 blog ni menggong gak, takleh upload gambar.., bila dah setting betul2 pon boleh kuar gambar mcm2 heh! pelik aku... baru2 ni kawan aku komplen byk gambar aku upload kuar besar2 pehtu entry lempeng tu ada mcm2 gambar lak kui kui kui.. aku bukak kat pc aku ok jerr... adehhhhh wa pusing....
oklaa berbalik pada resepi ek... resepi kali ni pon ada jugak perbezaannya dari resepi yang sudah2 jom layannnn


bahan2nya
1kg ikan parang (anggaran je yg aku masak ni setengah ekor)
minyak masak
3kpg asam keping/ gelugor
garam
daun kesum
air secukupnya


bahan yang di kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
sedikit belacan
sedikit kunyit
1 biji buah tomato
20 tangkai lada kering yg telah di buang biji (ikut suka kalau nak pedas lebihkan)


bahan untuk penumis
1/2 inci halia - di ketuk
1 biji bawang merah - di hiris
secubit halba
setangkai daun kari


cara2nya
tumiskan bahan penumis hingga naik aroma dan terus masukkan bahan yg di kisar masak hingga pecah minyak dan cili agak garing, kacau2 selalu (mcm masak sambal), masukkan ikan dan air secukupnya, perasakan dengan garam biarkan mendidih, masukkan daun kesum dan asam keping kecilkan api dan didihkan dalam 10minit, biarkan agak lama supaya kuah dan ikan mesra, makan dgn lempeng pon sodappp..

11 comments:

diana said...

saya suka kepala dia..
ralit je ratah..
hehhe

mohammad said...

salam ziarah

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

aeini--
nak tau. abaah mertua kita suka sangat...
tapi tia tak suka daun kesum..
tu yang masak senang hatiku...heheheheh

kalau dah siapkan ikan dia...kita bubuh daun kesunm banyak2..wangi dan menyelerakan..

My Little Diary said...

sedapnya.... masakan kegemaran saya ni... :)

aeinio said...

diana - yerlahh ralit
mohamad - tq sbb ziarah
ayu- separated ek.. yg ada daun dan takde daun kesum.. hahahaa bijak!

zacky ~786~ said...

whoaaa sedap yerr.!! sy mmg ske asam pedass.. yumn3

suzie rahman said...

adeh telan air liur je ni

ismay said...

salam kenal

sonata anak kancil said...

salam...memang sedap ikan parang masak seperti ini...femes di Melaka!

Myra Jay said...

mmm, menyelerakan. leh try resepi le ni ^^

momma said...

fevret saya jugak..ikan parang sedapssnya ;p~