Advert

nuffy

Sunday, November 7, 2010

Bengkek........... Hubby ...!!!!

Bukanlaaaa "BINGKA UBI" sebenarnya semasa aku parut ubi..., hubby aku beberapa kali tanya nak wat kuih apa? aku ckp kuih bingka dia tanya lagi aku cakap bingka ubi peh tu dia kerut dahi, aku jadi pelik.. peh tu dia senyum... ingatkan "bengkek hubby" hahahahahaha.....
huihhh.... rasanya tersangatlaa sedap... mintak izin copy resepi ni from  
kak yati yang mana resepi ni asalnya dari myresepi dan di olah oleh 
chef tersohor abad ini..., sapa lagi kalau bukan  Abg Mat Gebu 
kalau tak percaya boleh cuba resepi kat bawah ni... hmm mmg puas hatilaa bila makan...., tak sia2 jariku luka ketika memarut ubi tu...
 BAHAN-BAHAN
  • 1 kg ubi parut
  • 650 ml santan kelapa
  • 100 g gula melaka, hiris halus (saya guna 2 keping size kecik nisang Ganu)
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan (saya guna pes pandan = daun pandan kena makan lembu)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar minyak sapi... (saya guna planta)
 CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
  2. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati.
  3. Angkat dan biar sejuk.
  4. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak.
  5. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan sedikit mentega dan alas dasar tin dengan aluminium foil, lebihkan aluminum tadi di kiri dan kanan tin, tujuannya senang nak tarik keluar kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  6. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak.
  7. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra.
  8. Tuang dalam tin yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan.
  9. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba.

7 comments:

shima said...

wah saya sangat suka makan bingka ubi.... hurmmm semalam baru dpat mkn kat umah makcik,wow very delicious...

aeinio said...

yup mmg best..

manggosteen said...

bingka roti lg best!

Mohd Sukur Ibrahim said...

sedapnyeeee.......

Yatie said...

Salam Aeini,
Berbaloi rasanya buat bingka ni walaupun jari terkena parut..hi3..yg penting menjadi dan sedap...

aeinio said...

-manggo.. yup bingka roti pon best!
-tq syukur
-ws kak yati.. yerlaa mmg berbaloi..walaupon jari pedih wooo

Lin Rosly said...

Lama Tak Buat Bingka Ubi...