Advert

nuffy

Monday, November 15, 2010

Blackpepper sausages


hmm.. ni antara lauk malas... n lauk pening tak tau nak masak apa.... yang penting bila budak balik sekolah dah ada lauk yang derang leh makan tambahan pulak sausage ni mmg peberet mereka n keluarga mereka... hehehhee


layan resepi ek....

bahan2nya

  • beberapa batang sosej (saya guna ayam farmbest) - potong serong
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
  • 1 sudu teh sos cili Thai (maggie)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 labu bawang besar - di hiris
  • 1 batang cili merah - di hiris
  • minyak masak
  • garam & gula
  • 1 sudu teh tepung jagung - bancuh dgn sedikit air



cara2nya

  • panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau terus masukkan serai dan lada hitam goreng sekejap masukkan sosej dan sedikit air biarkan mendidih... masukan sos tiram, sos cili Thai dan bahan perasa.
  • masakkan agak lama hingga nampak sosej dah mula mengembang masukkan pula cili merah dan bawang besar hiris.
  • akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung kacau rata hingga nampak kuah mula pekat, siap utk dihidangkan.