Advert

nuffy

Monday, November 15, 2010

Sup Ayam


Bila musim hujan2 cam sekarang ni pekena sup memang mengancam... leh panaskan badan... meh layan resepi...


bahan2nya

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji ubi kentang - belah 4
  • 1 batang carrot - potong baji
  • 1 inci halia - di ketuk
  • 1 bungkus sup bunjut (sup tulang adabi)
  • garam
  • air secukupnya
  • beberapa biji lada hitam *
  • sedikit kunyit hidup*
  • 3 ulas bawang putih*
  • * tumbuk
  • minyak masak
  • daun bawang & daun sup
  • bawang goreng
cara2nya

panaskan 1 sudu besar minyak jagung atau minyak masak dan tumiskan bahan yg di tumbuk berserta rempah sup bunjut (dgn kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan halia hingga naik bau, masukkan ayam kacau sekejap dan tambahkan air ikut kehendak nak kuah banyak mana, tambahkan garam dan kecilkan api biarkan mesra dan mendidih boleh masukkan ubi kentang tunggu hingga empuk, masukkan carrot terus matikan api.. hidangkan dengan hirisan daun sup dan daun  bawang berserta bawang goreng.. fuiyooooo

2 comments:

Mak Peah Bini Sood said...

nyaman!

aeinio said...

yerlahh n gerenti hantu2 tak main goli wakaka...