Friday, November 5, 2010

Gulai Ros Ayam Pencen


1st time tau sejak aku dok sini p beli ayam pencen... al kisah jiran aku bagi rendang ayam pencen.. hmmm agaknya wat gulai sedap gak kot... so aku pon belilaaa.... en hubby aku tu pon pelik.. anak2 aku lagilaaa...

sesekali pekena ayam pencen ok jugak kan..? payah sgt nak nak dapat ayam kampung! gulai ni antara rekaan sendiri jugak nak tukar2 selera.. tapi aku rasa ayam pencen ni sinonim dengan rendang gak laa.. tapi tak salah nak mencuba...
layannnnnnnnnnnnnn....

bahan2nya
  • 1 ekor ayam pencen yang telah di panggang
  • air kelapa (dari sebiji kelapa)
  • 1 kotak santan kara + 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar kerisek
  • minyak masak
  • garam n gula
  • 1 asam keping
tumbuk
  • 7 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
campur rata dgn air
  • 1 paket kecil rempah ros
  • 2 sudu besar rempah kari 
bahan penumis
  • sedikit halia - di ketuk
  • sedikit lengkuas - di ketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang


cara2nya
  • rebus ayam dengan air kelapa hingga air kelapa kering dan ayam lembut, panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan penumis bila dah wangi terus masukkan bahan2 yang ditumbuk kacau hingga bawang layu, masukkan rempah yang di gaul sebati dengan air kacau rata, masukkan ayam dan 1/2 cawan air biarkan mesra.
  • masukkan pula santan, bahan perasa (garam n sedikit gula), masukkan santan biarkan mendidih, akhir sekali masukkan kerisik dan asam keping, biarkan kuah mendidih sekata dan bolehla di hidangkan.

3 comments:

Mak Peah Bini Sood said...

ayam pencen nih sgt laku waktu di hari raya...hahahahha ayam pencen nama yang sungguh unik!

aeinio said...

hhahaahha dah pencen...

hendon yaacob said...

aeini, camner ek ruper rempah ros? sejenis rempah ratus ker, kalo tak jumpa, leh ganti tak ngan rempah lelain?