Thursday, November 4, 2010

Lasagna


lasagna aku.. huhuhu tak laa berapa comeyyy... tapi boleh jadi kembang laa.... sebab anak2 puji melambong... apa2 ponnn meh layan resepinya.... aku main agak2 jerr sebab takde sukatan yang tepat...


bahan2nya 

1 kotak kepingan lasagna (san remo) - basahkan dengan air setiap keping

sos putih
  • 100gram butter
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 keping cheddar cheese
  • susu segar atau air
  • 1/2 cawan cendawan butang cincang
  • sedikit garam
  • secubit serbuk lada hitam
  • nutmeg
cara2nya
cairkan mentega bila dah cair terus masukkan tepung gandum kacau rata guna tenaga secukupnya... lepastu masukkan susu atau air secukupnya biarkan berkuah kacau selalu supaya tidak bergentel, bila dah agak likat, masukkan cheddar cheese, garam, lada hitam dan 1/2 sudu teh nutmeg dgn cendawan butang biarkan mendidih kalau pekat sangat tambahkan susu atau air. (pastikan tidak telalu cair dan tidak terlalu pekat)

sos merah
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 biji cili merah - cincang
  • 3 biji tomato -di dadu (boleh juga guna tomato puree)
  • 1/2 cawan daging kisar + beberapa keping pepperoni = yg ni aku tambah
  • 1 cawan sos tomato
  • minyak zaitun
  • herba italy
cara2nya
tumiskan bawang putih dgn minyak zaitun hingga wangi, terus masukkan bawang besar yg di dadu (bawang kuning), biarkan hingga bawang lembut, masukkan cili merah kacau rata, seterusnya daging cincang kacau sekejap hingga daging berubah warna dan masukkan tomato biarkan daging empuk, tambahkan air, masukkan juga sos tomato dan herba italy perasakan dgn garam dan gula.

letak kepingan san remo dalam acuan yg sesuai dan lapis dengan sos putih, letak lagi kepingan san remo dan penuhkan dgn sos merah + taburkan ceddar cheese buat hingga selesai. lapisan akhir bahagian atas penuhkan dengan ceddar cheese dan parmesan cheese taburkan parsley kering.. bakar hingga masak.

6 comments:

Ayu said...

salam ain, aduh dah lama betul lah tak buat western food ni..sedapnyaaa..

♥ nana i am ♥ said...

pengsan tengok menu harini kak ain ;D

aeinio said...

tu semualaa tu ayu.. leh kembang

nana pengsan lepas makan tau!

cikgu isza said...

tak kisahlah bagaimana rupanya.. yang penting rasa dan kepandaian dalam membuatnya.. kalau saya.. apa pun tak jadi..

man yusoef said...

wah menarik!!!!..tak pernah try masak lasagna...biasa masak spageti jek...haha...anyway, dah follow ur blog, sudi2kan lah....ada resepi best especially western food, sila kongsi lagi!!!!!!!!!!!...hehe

Hanis MY said...

salam ziarah, terima kasih sudi singgah...sedpnyaaa lasagna tuu nak cubalah nanti thanks for the recipe...