Monday, December 20, 2010

Ayam Halia


ni antara masakan yang sekejap jerr habih selain nak memasaknya senang dan yang paling utama amat sesuai untuk menu dalam pantang selepas bersalin, cuma tak perlu letakkan cili  dan lebihkan lada putih atau lada hitam dalam resepi ni....

bahan2nya
15 ketul ayam
5 cm halia - tumbuk lumat
2 batang serai - di ketuk
1 gugus bawang putih (10~13 ulas) - tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk lada putih
5 biji cili padi - tumbuk lumat
garam & gula
air
sedikit serbuk kunyit (optional)


cara2nya
satukan semua bahan didalam kuali, masukkan air separas ayam tutup kuali dan biarkan api sederhana, kacau selalu sehingga ayam masak / kuah mula pekat, siap untuk dihidangkan.

No comments: