Monday, December 20, 2010

Salmon dan lemon sauce



sangatlaa sedih tengok gambar ni.. hehehe harapkan anak bujang sulung tu yang snap gambar ibu sibuk di dapur tak nampak langsung ikannya... kalau sudi meh layannn resepi ni.. manyakkk senang woooo

bahan2nya
  • 3 keping ikan Salmon (saiz sederhana)
  • 2 biji tomato
  • 100 gram santan pekat kara
  • 100 gram air + dengan 1 sudu besar tepung gandum
  • garam
  • setengah biji jus lemon
  • 1 biji bawang kuning
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • minyak

cara2nya
  • taburkan serbuk lada hitam dan garam di kedua belah ikan dan goreng hingga masak tak perlu garing.
  • potong wedges buah tomato dan susun di tepi ikan.
  • tumiskan bawang besar kuning hingga layu dan masukkan santan bersama air yang telah di campur dengan tepung gandum, tambahkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  • bila kuah dah mula pekat dan mendidih masukkan jus lemon
  • biarkan sekejap dan tuangkan atas ikan sedia dihidangkan. sedap di makan begitu sahaja ataupun dengan nasi.

No comments: