nuffy

Tuesday, December 7, 2010

Daging Asam Pedas


daging pun boleh masak asam pedas tau.. memang best! dapat pulak daging tetel (daging yang berlemak)  selain masak kari.. tapi awas kolestrol ek.. telan punya telan boleh tak sedar sudah telan terlebih ketul... cemana tu??? sendiri mau ingat ok....


meh layan resipi ek.. senang jer...


bahan
500gram daging lembu (bercampur dengan lemak)
1 keping kecil asam gelugur
garam
minyak masak
air secukupnya


bahan penumis
3 tangkai daun kari
3 cm halia - di ketuk


1/2 sudu teh jintan manis*
1/2 sudu teh jintan putih*
5/6 biji lada hitam*
1 sudu teh ketumbar biji*
bahan yang bertanda * hendaklah di sangai dan tumbuk lumat 


bahan yang di kisar
20 tangkai cili kering yg telah di rendam dan di buang bijinya
1/2 cm kunyit hidup
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih


caranya

  • panaskan minyak, tumiskan bahan penumis dan masukkan bahan yang telah di kisar, kacau sehingga cili garing dan pecah minyak. 
  • masukkan semua jenis rempah yg telah di tumbuk, kacau sekejap 
  • masukkan daging kacau lagi biarkan daging bertukar warna keseluruhannya.
  • masukkan air dan biarkan daging betul2 empuk.
  • Bila daging dah empuk masukkan garam dan asam gelugor (asam keping) didihkan hingga kuah pekat dan boleh di hidangkan.

1 comment:

Ayu said...

salam aeini,
salam maal hijrah buat aeni & family ya..
daging asam pedas memang sedap ni..