nuffy

Thursday, January 6, 2011

Hani Syahmi di asrama


Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga menghantar syahmi ke asrama, sekolah ni bukan kira ada cuti piala suzuki ke tak 1hb Jan 2011 (tahun baru) adalah hari mendaftar.. hehehe... alhamdulillah Syahmi di terima belajar disini Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Paka Terengganu...
dalam jurusan Akademik & Syariah .. terkejut juga aku tengok 22 subjek kesemuanya...


wajah kontrol masa dah tahu dapat bilik mana, memang kalau diperhatikan kesian, syahdu dan bermacam perasaan yang bercampur baur.. aku pekakkan telinga berbagai kata2 yg mengata.., pada aku dah sampai masanya dia belajar berdikari... walaupon diusia yang muda 12thn...
Harapanku takdelah tinggi melangit sekurang2nya Syahmi dapat hafal surah yassin pon syukur alhamdulillah, Bonus besar jika dia dapat dan tidak lupa mendoakan kami ibu & ayahnya bila dah tiada nanti, ataupun dialah yg bakal uruskan jenazah ayahnya ataupun tolong bacakan talkin untuk kami sekurang2nya... alhamdulillah.
Dalam hidup ini bukan dunia sahaja yang kita inginkan... moga Syahmi melalui pembelajaran disini dengan tenang...


En suami yang gigih menyiapkan tempat tidur anaknya... terkenang semasa dululaaa kot..


belum apa2 lagi Din dah rasmikan...


Tempat tidur Syahmi yang baru


wajah yang kena tinggal, masih kontrol hensem!


Dah nampak dah along mula tahan menangis



wajah2 kesayangan ku... maka bermulalah episod Syahmi di asrama... alahaiii cemanalah agaknya.. ya..!!!
Bila dah dalam kereta perjalanan balik... adik2 yang lain terpana semuanya cam terdiam... hmmm pasni along dah takde kat rumah.... din mula bersuara.. siapa nak tidur dengan Din Ibu..? siapa nak tolong siapkan baju Din Ibu... mata semua dah merah2 nak mengangis... hu hu hu aku pon sedih jugak...

10 comments:

n@m@n said...

proses pembelajaran tu..nak belajar hidup jauh dengan famili.harap² cemerlang di sana ;)

aeinio said...

tq naman..

Kasim Ahmad said...

InsyaAllah.. semoga Allah permudahkan kerja :)

mokwonik said...

syahmi berusaha bersungguh2 yeh! ujian pasti akan ada, pada syahmi dan pada kita mak bapak nih, tapi jika niat kerana Allah, pasti Allah akan tolong...sabar dan semoga berusaha dgn lebih lagi coz memang bebudak2 nih kena belajar xtra gigih dr budak2 biasa! salam maju jaya dr mokwo

♥ nana i am ♥ said...

nana baca entry, nana pulak yang sedih kak ain.sobbbb~ semoga syahmi menjadi yang terbaek dan insyaallah cemerlang dalam semua bidang..amin~ jangan sedih sedih kak ain :)

aeinio said...

tq all.. moga Allah sahaja yg dapat membalas doa2 kalian..

Cik Itam said...

insyaALLAH..
semoga termakbul semua doa kakak n en suami..

semoga along jadi anak y soleh.

As Yusra said...

waa...tacing bace entry neh..huhu

aeinio said...

cik itam n As terima kasih... memang sejuk hati bila dia call tanya khabar dia baru lepas solat sunat dhuha.. tadi akak p jengah dia kejap dia puasa sunat isnin.. hu hu hu

alexa yussida said...

salam akak..wahh,smoga syahmin kuat n blaja sungguh2 demi ilmu Allah:)