Gambar ni dah agak lama terperap barulaa nak post harini... sayur ni agak pahit semasa dalam pantang banyaklaa makan sayur ni selain bagus untuk perjalanan darah.. apa2 jenis sayuran yang pahit amat baik untuk darah dan kesihatan kita.. ok jom layannn resepi kali ni...
4 biji peria kecik (peria katak) - buang biji tengah dan hiris seperti dalam gambar.
1 biji telur masin
minyak masak
bahan yg ditumbuk / kisar
1 sudu teh udang kering - rendam dan buang airnya 2 - 3 kali
3 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah
cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma dan garing, ketepikan sedikit dan bahagian yang disebelah lagi pecahkan telur masin biarkan hingga telur mula mengeras dan bolehlah di gaulkan sebati.. masukkan sayur peria dan kacau rata hingga sayur masak.. hidangkan panas.. tak payah garam ek.. telur dah asin..
2 comments:
salam aeini,
uish sedap kita suka lauk gini..
Assalam,
kita dah masukkan entry for this.
Thanks sekali lagi ya..
Post a Comment