yang ini pun antara resepi yang amat sesuai untuk berdiett semuanya main lebur2 jerr amatlaaa senang boleh dimakan begitu sahaja mahupun dgn nasi.. kalau tengah diet kena kurangkan pengambilan nasi ek...
jom layan resepinya...
Bahan2nya
1 ekor sotong kembang (beli di pasar raya)
3 biji tomato comel (baby size)
bunga kobis
brokoli
3 batang asparagus
setengah batang saderi
garam
lada hitam kisar
bahan perapan
1 sudu teh sos tiram
1 sudu kacang tanah goreng yg di tumbuk kasar
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu makan minyak zaitun (optional)
cara2nya
basuh bersih sotong dan toskan, perapkan sotong dgn bahan perapan biarkan sekejap, sementara itu menggunakan kuali non stick goreng semua jenis sayuran menggunakan kaedah stir fried tanpa minyak biarkan sehingga sayuran kelihatan agak layu, taburkan garam dan lada hitam, angkat dan susun di tepi pinggan.
menggunakan kuali yang sama goreng sotong hingga masak tambahkan lagi sedikit lada hitam dan garam jika perlu angkat letakkan dibahagian tengah sayur sayuran tadi...
5 comments:
wahhh thanksss share resepi ek...
nmpk sedap laa nk tryyy
Salam....Sedap Nampak Masakan Ni...
sotong giant tu sotong kembang semangkuknya aeini?
mmg sedap n mudah nak sediakannya... kak mok ha'ah sotong kembang tu yg cam agar2 tu..
memang menyelerakan huhu
Post a Comment