Tuesday, May 17, 2011

Strawberry Cheese Cake


Sana sini orang wat cheese cake aku ni belum pernah cuba2 wat chilled cheese cake yang memanglaa sedap daripada baked cheese cake tapi tulaa nak menunggu 4 ~ 6 jam dalam peti sejuk.. oiughhhhhh tak tahannnnn... tulaa atlast wat baked cheese cake masa along balik weekend lepas.. ni pon dah aku modified sesuka hati... sukalaa kan ala2 american cheese kek yang telah di melayukan... hohohoho

Jom layan resepi..


bahan2nya
350 gram cream cheese
1 cawan gula halus
100 gram biskut (oreo + munchys oat krunch ~dark chocolate)
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar yougurt strawberry
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
2 sudu besar butter cair
2 biji strawberry yang di dadu (optional)

untuk hiasan 
beberapa biji buah strawberrys dan coklat nuttela


cara2nya
  • hancurkan biskut gaulkan dengan butter cair dan tekan dalam acuan yang dialas dengan aluminium foil.
  • panaskan oven 180 kepanasan atas dan bawah.
  • putar cream cheese dengan gula halus hingga lembut masukkan telur satu persatu, masukkan juga esen vanila pukul hingga betul2 gebu, masukkan yogurt, akhir sekali masukkan sedikit demi sedikit tepung pada kelajuan perlahan pastikan semuanya sebati, tidak bergentel dan gebu. masukkan buah strawberry yang di dadu gaul sebati.
  • masukkan dalam loyang berisi biskut tadi, dan bakar pada suhu 180 kepanasan atas & bawah pada 15 minit pertama dan kurangkan suhu kepada 170 tukar kepada tahap pembakaran bawah sahaja hingga masak 15 / 20 minit berikutnya. sejukkan sebelum di potong, gunakan pisau yang telah di celup dengan air suam sebelum memotong kek, selamat mencuba...

No comments: