nuffy

Sunday, June 26, 2011

Baked Macaroni


Jom layan resepi lagik memalam nih.. acara menyelongkar brg2 dapor.. aku terbeli 2 paket macaroni jenuh nak habiskan tak pasan stock bulan lepas ada lagi... maka terjadilah macaroni bakar lak...


boleh gaklaa buat makan anak2 derang memang suka tapi kena banyak lerr letak daging dgn cheese baru habih cepat...

bahan2nya
setengah paket macaroni - rendam dgn air panas hingga agak lembut 
kepingan cheedar cheese secukupnya
2 batang hirisan sosej
1 batang lobak merak - disagat
3 sudu serbuk parmesan cheese
2 labu bawang besar - didadu
2 cawan daging cincang
1 ulas bawang putih - di dadu
5 biji tomato cerry - di dadu
1 biji lada benggala - di dadu
1 sudu teh rosemarry
1 sudu teh thymes
secubit lada hitam
sedikit sos tomato / sos cili
garam & gula
minyak zaitun
air secukupnya


cara2nya
  • tumiskan bawang putih, bawang besar biarkan layu masukkan tomato cerry dan lada benggala kacau lagi hingga layu masukkan daging kacau rata, masukkan bahan perasa thymes, rosemarry, lobak merah, sos tomato dan sos cili serta sedikit air biarkan hingga daging empuk dan sekata.
  • sapukan sedikit mentega pada acuan dan sudukan macaroni kemudian daging dan kepingan cheese buat sehingga habis, lapisan akhir taburkan sosej dan permesan cheese.
  • bakar pada suhu 180 selama setengah jam atau hingga kuning keemasan.




4 comments:

azila said...

sedapnya..amik idea utk masak malam esok ni:)

Kamalia said...

suka2 baked macaroni..sedap sungguhkan.

Ayu said...

asslam sedapnya baked macaroni..terliur tengok ..dah lamam juga kita tak buat ni..kek kat bawah tu sungguhlah menggoda jiwa & raga ku..!!

aeinio said...

heheheh