nuffy

Wednesday, July 6, 2011

Asam Lada Ikan Duri


Hah dah boring asik tayang lauk yang sama jerr kan... ni pon yang sama gak hihihi baru nak sihat ni tekak memang teringin laa makan yang pedas2 tapi waspada selalu ni pon masak memang kaw tapi cuit isi jerlaa sket2 kang badan sendiri yang merana.. sabor jerlaa kan...


ok ni resepi ulang tayang... bila dah nampak ikan duri kat pasar makanya dah lama tak beli bila dah beli masak apa lagi memang masak asam pedas lorrr yang lain cam kurenggg... jom layannnnn

bahan2nya
2 ekor ikan duri (bersihkan rendam dengan garam dan asam jawa)
minyak masak
garam & gula
daun kesum
air asam jawa / asam keping
1 1/2 cawan cili kering kisar
kisar halus 
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan
kisar kering (sangai*)
1 sudu jintan manis
2 sudu ketumbar biji
1 sudu jintan putih
3 biji lada hitam
mayang halus / untuk menumis
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai di ketuk
secubit halba


cara2nya
panaskan minyak dalam periuk masukkan serai dan halba serta hirisan bawang putih dan merah.., tumis hingga naik aroma, masukkan bahan kisar dan cili kering masak hingga terbit minyak, masukkan bahan kisar kering kacau sekejap dan masukkan ikan, kecilkan api masukkan air anggaran dalam 2 cawan, kacau rata bila dah mula mereneh masukkan air asam jawa, gula, garam dan daun kesum didihkan hingga kuah pekat dan ikan masak.. siap untuk dihidangkan bersama2 nasi putih... perghhhh terangkat!


note : *sangai tu bermaksud goreng tanpa minyak dalam kuali dengan api kecil.

6 comments:

Citarasa Rinduan said...

selamat petang aeini

kamu masak ikan duri..
ayu masak ikan mayong.. heheheh

aeinio said...

tulerr dah nampak telur ikan mayong tu tadi.. tergugat iman...

~~zAnAfAhMi~~ said...

Assalam....saya suka sgt ikan duri masak asam pedas mcm ni (pd saya asam pedas) ikannya lembut dan manis.

aeinio said...

w'salam.. zanafahmi... ni mmg peberet keluarga mmg mcm2 teknik memasak asam pedas... kalau ikan suri suka masak style gini...

fiq. said...

wow, my feveret,asam lada

~HanAlia said...

sedap2...fevret nih...huhu