nuffy

Monday, July 11, 2011

Nasi Jagung


tak hengatt masak nasi ni bilerr n lupa pulak nak snap gambar... mujur ada dalam mobiles uploads dlam fb.. dapat gambar ni jerlaa... apa pon ni resepi ringkas jerr di gandingkan dengan ayam masak merah dan sayur campur.. jadilerr... jom kita layan resepi nasi jagung itu...

bahan2nya
4 pot beras basmathi -basuh dan toskan
2 cawan isi jagung
2 helai daun pandan - disimpul
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak sapi
1 cawan susu segar / susu cair
garam n gula secukup rasa
air secukupnya 
cincang halus
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit halia

cara2nya
cairkan minyak sapi dan masukkan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis serta daun pandan simpul tumis sekejap hingga naik aroma.., masukkan pula bawang n halia yang dicincang halus tumis hingga pecah minyak masukkan sos tomato dan beras kacau sebentar masukkan pula susu segar dan air separas sukatan beras (ikut jenis beras yg anda gunakan) kacau rata, biarkan mendidih masukkan jagung serta bahan perasa dan alih periuk kedalam periuk elektrik tekan macam biasa dan biarkan hingga masak.

2 comments:

LinRosly said...

Assalamualaikum Aeini...Kak Lin Makan Nasi Jagung Bila Ada Kerja Kahwin Jer...Kalau Nak Buat Sendiri Makannya Hanya Utk 2 Orang..Hehe

aeinio said...

wsalam lin.. betullah kalau berdua mmg malas nak buatkan.. heheh