nuffy

Tuesday, August 23, 2011

Coconut Pandan Cookies


entah kenapa tah tahun ni banyaklak kuih colour.. sebenarnya aku jarang betul guna pewarna dalam biskut cukupla dengan manik2 berwarna warni tuh... dan selalunya pon hiasan menggunakan kacang, coklat n cerrys.. tapi thn ni 2 jenis biskut haku berwarna,, hubby tengok pon wahhhh...


ni pon hasil kerja syahmi minggu tu.. ada dia semangat sket aku nak wat kuih raya sbb dia suka tolong.. termasuklak ica n angah.. so aku cuma bancuh adunan dan terap urusan membakar dan menyimpan semua anak2 yang settlekan...


Kalau beli tak puas makan... n lebih baik sediakan sendiri kitau tau apa bahan yang kita gunakan...


bahan2nya
250gram butter (buttercup)
2 sudu besar susu segar
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh pes pandan berwarna hijau
1 cawan kelapa kering
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
white chocolate rice untuk hiasan


cara2nya

  • satukan semua bahan kering gaul rata dan ketepikan (tepung gandum, jagung, kelapa kering.
  • putar hingga lembut butter, kuning telur, esen vanilla, pes pandan, susu segar dan gula halus.
  • masukkan bahan kering gaul dan ramas.
  • terap acuan yang sesuai.
  • bakar pada suhu 175 atas dan bawah selama lebih kurang 12 minit.