nuffy

Tuesday, December 20, 2011

Grilled Chicken dengan sos cendawan..



Bila cuti sekolah surelaa emak jadi pemikir sajian untuk anak2 memang budak2 dan bapak budak suka makan camnih... musim2 hujan nih nak kuar rumah pon malas g pasar tengok ikan lotih yo!! semuanya dah tak berapa nak segar... makan ayam lerr...


Bahan2nya
6 ketul peha ayam - big saiz..
bahan perapan - kisar halus
2 sudu teh serbuk cajun
2 batang serai
sedikit lengkuas
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
garam
1 sudu teh serbuk thymes
1 sudu teh serbuk basil
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit kicap pekat
sedikit sos tiram


cara2nya
gaulkan sekata peha ayam dan perap semalaman, kemudian sapukan sedikit minyak zaitun dalam dulang pembakar, bakar dalam oven hingga masak selama 30 atau 45 minit setiap 15 minit buka oven dan tuangkan bahan perapan atas ayam supaya tidak terlalu kering.. selepas 30 minit balikkan ayam dan bakar lagi hingga masak



sos cendawan

bahan2nya
1/2 tin cendawan butang yang dihiris
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh lada hitam
garam n gula
1 kiub ayam
bawang besar yang di dadu
1 sudu teh kicap pekat
butter

cara2nya
tumiskan bawang besar bersama2 dengan butter masukkan tepung kacau rata, masukkan kiub ayam dengan  sedikit air serta hirisan cendawan, didihkan kena kacau selalu, masukkan bahan perasa lada hitam dan garam, gula jika perlu.., masukkan juga kicap pekat, kacau rata hingga kuah pekat dan berkilat.


salad labu nak resepi cek entry yang lepas... selamat mencuba.

7 comments:

Hassan said...

Salam Sejahtera
Blog yang menarik ~~~

♥ nana i am ♥ said...

kak ain~ terima kasih untuk ucapan haritu :) doakan Allah permudahkan semuanya lepasni ye :)

terima kasih jugak untuk resipi yang menarik dan tertarik ni.nana tak saba nak try resipi special ni..hehe

aeinio said...

aminnn nana benda yang baik insyaAllah dipermudahkan....

aeinio said...

hassan.. tq... :)

cuba memasak said...

assalam sis .. puas cari resepi sos cendawan yg simple .. finally jumpe gak ..terima kasih ye :)))

aeinio said...

Sama sama ;))

aeinio said...

Sama sama ;))