Advert

nuffy

Sunday, January 15, 2012

Mee Hoon goreng kunyit


aiseyyyy... dah lama sebenarnya masak mee hoon nih tapi lupa nak tepek dalam blog nih... tua dah akak nih... hehehe

mee hoon goreng ni kejadiannya sebab rasa teringin sangat nak makan mee hoon yang terbau sawi dan ikan bilis maka terjadilaa resepi ni.. jom layan..

bahan2nya
1 bungkus mee hoon - rendam hingga lembut
10 biji bebola ayam - belah 2
sayur sawi secukupnya
sedikit serbuk kunyit - untuk warna
minyak masak
2 sudu sos tiram
garam & gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis


bahan tumbuk / kisar
4 biji cili padi
1 biji cili merah
setengah cawan ikan bilis
6 ulas bawang merah


cara2nya
panaskan minyak dan goreng sebentar bebola ayam (guna bebola ikan pon ok) angkat dan ketepikan, kurangkan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak masukkan sos tiram, kiub ikan bilis dan perasakan dengan garam serta gula masukkan sedikit air dan mee hoon beserta serbuk kunyit kacau rata hingga mee hoon lembut  masukkan pula sayur sawi siap untuk hidangan.

4 comments:

Amie said...

kalau namanya mee hoon goreng,memang sedap! inilah satu-satunya menu yang selalu dimakan dikantin waktu sarapan.

aeinio said...

tulaa amie teringat masa kat kantin sekolah dan kantin tempat kerja dolu2.. hehehe

♥ nana i am ♥ said...

mee hoon favourite nana selamanya..hari hari makan mee hoon pon takpe kak ;) hehe!tapi kalau mee hoon singapore nana kurenggggg sikit..

aeinio said...

hehhe mee hoon singapore tuh byk lada hitam nana rasa hangattt jerr