nuffy

Tuesday, April 17, 2012

Gulai Ros Terung Bulat


gulai terung, ramai yang sedia maklum terung ni hangennn... tapi aku suka.. hiks... tapi taklah selalu memasaknya.. kebiasaannya terung ni akan aku campurkan dalam kuah asam pedas atau kari ikan.. tapi kali ini telah digulaikan...dok jogging dengan kawan cerita resepi... so inilaaaa dia antara resepi yang aku teringin nak cuba... kalau ada tenggiri goreng atau ikan masin goreng dengan sambal belacan pon dah ngammm


bahan2nya
4 biji terung bulat - belah 4
garam n gula
4 sudu besar rempah gulai cap bunga ros*
4 sudu besar rempah kari babas*
2 sudu pes cili (cili kering kisar)
*dicampurkan dengan 1/2 cawan air
1 kotak santan
1/2 cawan air asam jawa

bahan tumbuk
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
sedikit ikan bilis
sedikit halia

cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma, masukkan pula rempah kacau hingga terbit minyak, masukkan santan, dan air asam jawa serta terung, biarkan mendidih dan terung lembut, perasakan dengan garam gula, jika kuah terlalu pekat boleh ditambahkan air. 

2 comments:

~~zana@pb~~ said...

Hangin pun hangin la aeini, kalau dah suka...belakang cite hangin tu. Famili akak dgn mertua suka sgt terung, tak kira masak apa. Celur mc tu je pun sedap cicah sambal belacan.

aeinio said...

tulaa sedap...