Thursday, June 14, 2012

Enoki rangup bersalut tepung



Assalammualaikum....

petang tadi mengoreng cendawan enoki ni sekejap aje habih... memang agak leceh sebenarnya kalau nak goreng sehelai demi sehelai pepandai lah ek...



takde resepi khusus sebenarnya.... secawan tepung gandum dan secawan tepung beras, satu sudu serbuk oregano, sedikit serbuk kunyit sedikit serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan air agak - agak ajerlah macam kita nak goreng pisang... dan gorenglah dalam minyak panas pastikan selepas membasuh cendawan keringkan dengan tuala bersih atau tisu dapur takdelah meletup nanti..




makan dengan sos thousand island atau mayonise atau sos cili... hmmmm 

No comments: