Monday, July 23, 2012

Alhamdulillah 3 hari sudah kita berpuasa..


minta maaf kualiti gambar adalah tidak memuaskan 1st day puasa dah warning hubby n anak2 pls jgnlah membazir beli macam2 kat bazaar tu.. x larat tengok meja penuh... sebab bukannya boleh makan banyak pon.. ala kadar aje masuk perut tu... itupun dah sarat dengan air laici, milo panas, kopi tarik, susu dutch lady pening nak hidang cemana... bilala dapat duduk rumah baru neh!!
 itupun sebab 1st day kan syarat g juga beli kuih keria dan cucur badak serta 3 keping karipap, ketupat palas tu saya yang goreng.


sebenarnya sehari sebelum puasa kami sekeluarga dah pon shopping sakan baju2 raya anak2 bulan puasa nanti leh relax fikir masak apa untuk sahur dan berbuka baju2 pun dan siap label n masuk beg nnti senang nak balik kampung. so bila dah shopping xderlah prepare apa2 balik dari kuantan mlm tu terwaih di masjid iium kuantan, pukul satu pagi den masak ikan salmon kicap aje tuk bersahur alhamdulillah juga berseleralah makan sahur pagi tu n inilah juada berbuka hari pertama tempohari.


saya masak nasi ayam tapi ayam tu panggang dengan herba italy.., nasi ayam masak cam biasa aje, bawang besar, bawang putih dan halia tumis dengan planta dan daun pandan masukkan beras dan kiub ayam masukkan air garam dan gula tanak hingga masak.

sup pulak saya hanya gunakan bawang putih, halia, sup bunjut tulang masak dengan garam serta lada sulah didihkan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

ayam pulak saya perapkan dengan basil. parsley, tyhmes, oregano, kicap pekat, sos tiram, lada sulah, serbuk kunyit, bawang putih, halia kisar, garam dan rosemary semua herba tu yang kering biarkan dalam setengah jam sebelum panggang dalam oven lebih kurang 25 minit sebab ayam tu semua dah siap potong.

untuk sos pula cili padi, cili merah, garam, gula, sos cili, sedikit cuka dan air panas blend hingga hancur.
selain tomato, timun dan salad serta sedikit kicap dari lelehan ayam panggang.


hmm Nqdin sedang berselera meneguk air laici hiks.. alhamdulillah dia puasa.



inilah rezeki kami hari pertama puasa tempohari..

No comments: