Monday, July 23, 2012

2nd day berbuka 2012


oleh kerana taknak membazir.., saya rebuskan ketupat segera aje.. taugeh, suhun goreng dan buat  bergedil serta siat siatkan ayam panggang semalam,  dan modified sup semalam jugak huhuhu n bikin sambal kicap cili padi maka jadilerr soto...

ok nak buat bergedil cara saya manyakk senang ambil 4 biji ubi kentang kupas, potong baji dan goreng hingga empuk, letak setengah sudu teh ketumbar, jintan manis dan jintan putih serta setengah kiub ayam tumbuk semuanya kalau suka boleh tambahkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta lada sulah sebagai penambah aroma. bulat2kan celup telur dan goreng.

sambal kicap pula hanya perlukan cili padi dan cili merah serta seulas kecil bawang putih tambahkan garam, gula sedikit cuka dan kicap manis kisar lumat dengan sedikit air panas.


pengat keledek.., sebiji sederhana besar keledek purple potong dadu rebus dengan cha cha warna warni hingga empuk dan cha cha kembang, masukkan sedikit garam, gula pasir, gula melaka, daun pandan dan santan didihkan kacau selalu dan jadi pemanis mulut untuk berbuka.. senangkan..!!

No comments: