Monday, November 5, 2012

Barley Mata Kucing gula melaka


Air ni mmg peberet ni... seingat aku masa kecik2 dulu mak mmg selalu masakkan barley utk aku, suruh minum sebelum p sekolah petang sbb aku tak berapa suka minum susu so air barley ni mmg kena minum sokmo selain horlicks.. masa pengalaman dalam pantang pula mak juga rajin masakkan aku air mata kucing ni yg di rebus.. dia suruh minum panas2 campurla dgn pati ikan haruan atau air akar kayu sedaplah sikit minum katanya... hehehe tahu anaknya ni bab2 nak minum ni susah sket... oklaa skang ni ,aku mmg tengah rindukan mak huhuhuhuhu.. meh layan resepi.... kali ni aku telah combined sedap woooooo......  tak caya teraiii lor...

bahan2nya
sepeket buah mata kucing kering (beli kat giant)
1 ketul gula melaka
1 cawan barley
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen pandan / daun pandan
air secukupnya

cara2nya
rebus semua bahan... buah mata kucing dan barley hingga barley kembang dan lembut masukkan gula pasir dan gula melaka beserta esen pandan atau daun pandan, didihkan. rasa jika terlampau manis tambahkan air.. masak hingga gula melaka hancur dan barley benar2 lembut.. boleh di minum sejuk (tambahkan ais), atau panas.. sedappp

3 comments:

Danial Ikhwan Jaafar said...

menarik! terkenang zaman di uni, juadah macam ni, sentiasa disaji. =)

A D I A said...

ibu menyusu elok minum ni kan unt banyakkan susu, termasuk minum horlicks tu.

LinRosly said...

Assalamualaikum :D
Sedapnya kalau dapat minum ni..