Friday, November 2, 2012

Strawbery Cheese Cake


Pening nak masukkan gambar entah kenapa berapa kali cuba asyik taknak masuk aje failed manjang heran betul..!! sebetulnya ni cake masa raya haji tempohari resepi ikut hentam sesedap rasa.. alhamdulillah rasa tak menghampakan... so nak share ler kat sini untuk rujukan diri sendiri dan anak2 kelak pada yang nak try pon tak jadi masalah...

bahan2nya
500 gram cream cheese (tatura brand)
100 gram gula castor
2 biji telur
1 sudu besar perahan lemon
1 sudu teh vanilla esen
2 sudu besar tepung gandum halus (ayak dahulu)

cara2nya
putar telur dengan gula hingga sebati, masukkan cream cheese putar lagi hingga putih dan ringan, masukkan esen vanila dan jus lemon, perlahankan kelajuan masukkan tepung gandum halus putar dan habiskan selebihnya.
Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
masukkan adunan kedalam loyang dan masukkan pula loyang kedalam dulang berisi air (steam bake) masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 kepanasan atas dan bawah. bakar hingga sedikit kekuningan dan tukar suhu kepada kepanasan bawah sahaja tambahan jarak masa 3 hingga 5 minit. setelah itu keluarkan dan sejukkan sebelum dipotong.

topping cake
1 mangkuk buah strawberi segar di hiris
3 sudu jem strawberi
1 sudu teh gula perang
2 sudu besar air

* masak dalam periuk dengan api sederhana hingga sebati dan pekat, matikan api dan sejukkan.

(bila cake dah sejuk sapukan dengan fresh cream dan tuangkan manisan srawberi atas cake...)

4 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

ok, lapar.. haha :p [blog saya]

Amie said...

Sungguh menggoda selera Strawberry Cheese Cake tu....

aeinio said...

boleh cuba senag aje... ;)

Citarasa Rinduan said...

pandai kak.. resepi mudah gitu