nuffy

Friday, November 23, 2012

Fetuchini Bolognese wih chicken ball


hmm  sebelum aku lost track.. semalam berbuka buat pertama kalinya untuk tahun ini menziarahi bazar ramadhan dengan keinginan membeli nasi kukkus, murtabak daging, buah melaka, buah tembikai, jelly kelapa, popiah dan roti jala... tadaaa... semua habis kecuali nasi kukus ada balance lagi sebungkus aku dah 2 hari ni tak mkn nasi x lalu,tapi dok menghentam benda2 lain lerr..


arini kita share lagik recipe western yang memang dah jadi kegemaran anak2 fetuchini bolognese.., campak2 aje lagipun sos prego readymade dah ada senang keje lorr...


bahannya
1 bungkus fetuchini san remo rebus hingga lembut
1 sudu teh pes cili (orang melayukan kasik pedas sket hiks!!)  atau  serbuk cayenne
1 labu bawang holand yang kuning tu - potong dadu
1 biji tomato - dicincang
1 batang lobak merah saiz sederhana - dicincang
1 batang celery - dicincang
2 cawan daging lembu cincang
beberapa biji bebola ayam atau daging
1 tin kecil prego sos traditional
serbuk thymes dan basil
sedikit air rebusan fetuchini
minyak zaitun
garam dan serbuk lada hitam


cara2nya

Fetuchini yang direbus di toskan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau butter, supaya tak melekat.

Tumiskan bawang besar dengan pes cili hingga lembut, masukkan daging cincang kacau sebentar dan masukkan semua sayuran cincang (tomato, lobak merah, celery) kacau rata bila daging agak empuk dan mesra masukkan sos prego dengan bebola ayam serta 1 cawan air biarkan dalam 5 minit.

Tambahkan air jika kuah terlalu pekat, masukkan serbuk thymes dan basil serta garam dam serbuk lada hitam.

bolehlah dihidangkan dengan taburan daun parsley segar ini takde parsley kering ajerlah dengan cheese.



2 comments:

Amie said...

Ini pilihan hidangan berbuka yang sungguh membuka selera....

aeinio said...

hmmm sesekali oklaaa budak2 suka laa amie.. mak dia.. tak berapa..