Wednesday, December 12, 2012

Lomak Cili Padi Telur Itik


ada sesiapa yang pening nak masak apa tengahari nih..? 
rezeki telur lerr bila dah dec nih paham2 jerlaa sana sini orang kawen sana sini telur rebus... tapi yang den masak ni telur itik.. sangatlaa sinonim dengan masakan nismilan... masak lemak cili padi telur itik.. nak tips.. jom layan resepi..


sediakan cili padi kebiasaannya cili padi kampung atau lada jarum gelaran Ganu kiter... dalam sengenggam kalau tak tahan pedas kurangkan... tumbuk lumat bersama dengan 1 inci setengah ibu kunyit boleh juga dikisar tapi nak lebih umpph kasi tumbuk guna lesung batu sampai lumat.. nak tau cara lumat.. hanya tumbukkan kunyit hidup bersama garam kasar terlebih dahulu sehingga hancur barulah tumbukkan pula cili padi hingga bijinya juga hancur.. haaa camtulaa gulai n9... renehkan dalam kuali cam dalam gambar tu bersama sedikit air kecilkan api.. oleh kerana ini masak telur itik maka tambahkan sejemput ikan bilis dan ditumbuk kasar..


kebiasaannya.. gulai lemak itik ni masakannya bersama dengan belimbing buluh, jeruk binjai atau mangga muda yang masam... jika takde cam edennya gulai ni haa... hujankan malas g pasar... belah 4, 1biji bawang besar dan masukkan sekeping asam keping / gelugor...


bila bahan dan mereneh masukkan santan kalau yang perah masukkan santan no 2 dan no 3 bila dah mendidih nanti barulah masukkan pula santan pekat (no1) didihkan kuah kacau selalu supaya santan tak bergentel rasa garam dan asamnya barulah masukkan telur itik kecilkan api kacau hanya dari tepi kuali sahaja bagi mengelakkan telur pecah...
agak2 bahagian bawah telur dah keras, balikkan secara berhati2 biarkan anggaran 1 atau 2 minit berikutnya dan matikan api...


tada inilah hasilnya aku memang suka telur tengah lembik2 camtu... tapi kolestrol tinggi... sendiri mau ingat ok...

notes:- kalau nak lebih aroma taburkan hirisan daun kunyit pada masa 1 minit sebelum matikan api... 'daun kunyit den habes kena makan lembu' sabo jerlaaa...

6 comments:

My Little Diary said...

ish..ish...sedapnya lama tak makan..

aeinio said...

sesekali makan oklaaa... kan kan kan

Siti dan Haqeem said...

sedap nye

aeinio said...

siti n haqeem.. makan sekali sekala memang sedap...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam aeini...teh tarik siap sila ambil dan hantar sekali lauk ni kat umah ya...ini favourite akak kena dengan ikan masin dan ulam sambal pelacan perghh.....tak pandang belakang dah

aeinio said...

hehehe bila tengok gambo ni teringat2 lak rasanya...