Tuesday, November 20, 2012

Lasagna

Assalammualaikum...
selamat pagi.. dah sarapan jom sarapan lasagna...


sebenarnya dah buat beberapa kali lasagna nih... tapi kali ini tergerak hati nak follow resepi dari dapur kak ita masam manis yang rasanya di kalangan blogger masakan siapa yang tak tau kan.. banyak gambar2 gojes yang boleh membuatkan kita meleleh air liur melihatnya...
tak di nafikan... resepi ini mudah dan senang.. sebab sebelum ni aku lebih rela guna tomato puree atau sos tomato dengan tomato cincang tapi gunakan sos prego lebih mudah dan cepat... nak lihat resepi asal sila kesini...


KUAH DAGING

300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil - aeinio guna tin kecil
2-3 batang celery 
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu - aeinio guna 4 biji
1 biji lobak merah ~ dadu - aeinio tak letak
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah 
Garam secukup rasa 
Gula secukup rasa
3 cawan air 
1/2 Capsicum merah ~ dihiris -  aeinio tak letak
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris -  aeinio tak letak
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. 
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. 
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian) 
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu. 
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah  kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce



CHEESE SAUCE

2 sudu besar mentega 
4 sudu besar tepung gandum 
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian. - aeinio guna cream cheese.., mozarella dan parmesan di tabur di bahagian atas..
2 cawan susu segar 
Sedikit garam

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. 
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula. 
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api.


aku wat cheese sause tu mcm berketul2 sket lerr... terpekat... wat lapis2 cam dalam gambar tu ek... masa melapis2 nih kejap2 anak jenguk dapor huhuhu tak siap lagik kerr bu...???


buat lapisan hingga habis taburkan mozarella cheese dengan parmesan cheese beserta daun bawang... terbakar sekali walaweyyy... tengok jerlaa gambo sebelum dan selepas di bakar...


tergaring sket di bahagian tepi...


tadaa hasilnya sebelum nih tak dapeklaa nunggu sejuk sebelum di potong ni pon.... tak berapa nak sejuk gak nih... hmm selesai sudah...

BAHAN HIASAN 


1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole

Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas 



Panaskan oven pada suhu 180 C

Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter


Lasagna tak perlu di masak ye!

Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas

Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi   
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.



Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar

Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.



kalau nak kan tips boleh ke blog kak ita ek.... aku copy resepi jerr... tips dari aku.. kalau rajin buatlerr kalau malas order jer hehehehe.. :)

4 comments:

Azlita Aziz said...

waaa... dah sampai sini dah..
terima kasih mencuba!
anak-anak akak suka lasagnia ni.. masing-masing dah berbunyi minta di buatkan lagi..

kecur liur pulak bila singah sini nampak lasagnia

aeinio said...

tulerrkan.. penat tak hilang lg dah suruh buat lg... hehehe tq...

Unknown said...

sedapnya...lm x buat last buat time raye lps...gelak dgn pesann tue...mmg pun kan...kalu rajin buat...kalumls order jer..hehe

Nik said...

tak penah try mkn lasagna.mcm sedap jea :)